Monday, 2 April 2012
Gaji dan Iman
Syukur Alhamdulillah apabila melihat pekeliling yang baru saja dikeluarkan tu. Ternyata ramai yang menunggu selama ini boleh tersenyum apabila melihat jadual pergerakan gaji. Namun harus diingat sebanyak mana pun kenaikan gaji,tetapi jika tidak didasari dengan kekuatan iman pasti haloba yang bertuankan nafsu akan menjadi raja. Akhirnya duit tak pernah cukup. Apa pun kita kena redha dan bersyukur atas apa yang dikurniakan Allah SWT.Sama ada banyak atau sikit pun itu adalah rezeki yang mesti disyukuri. Kita kena ingat bahawa duit yang kita dapat itu bukanlah seratus peratus milik kita, kerana harus diingat bahawa ianya juga milik isteri, anak-anak juga hak sesama saudara kita yang memerlukan. Infaklah sebahagiannya kerana ianya akan dapat melahirkan hati yang tenang dan redha.
Subscribe to:
Posts (Atom)